RUGG3D 4X4 MANJUNG OFFROAD

RUGG3D

Friday, October 25, 2013

ROS


PERLEMBAGAAN KELAB RUGG3D 4X4 MANJUNG
 
FASAL 1.​NAMA
 
Kelab ini dikenali sebagai Kelab RUGG3D 4x4 MANJUNG atau ringkasnya R3D di dalam perlembagaan.
 
FASAL 2.​ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
 
2.1 Alamat Berdaftar
Alamat berdaftar kelab RUGG3D 4x4 MANJUNG ialah di N1 (ATAS) FASA 1C2 BANDAR BARU SERI MANJUNG 32040 MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN.
 
2.2 Alamat Urusan
Alamat Urusan Kelab RUGG3D 4x4 MANJUNG ialah sama seperti di fasal 2.1.
 
2.3 Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
 
FASAL 3.​DEFINISI
 
​3.1​KELAB bermakna Kelab RUGG3D 4x4 MANJUNG.
 
3.2​MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 12.2 Perlembagaan ini.
 
3.3.​JAWATANKUASA INDUK bermakna Jawatankuasa Induk bagi Kelab seperti yang disebutkan dalam fasal 15 Perlembagaan ini.
 
3.4​JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 17.
 
3.5 PEJABAT bermakna alamat urusan Kelab seperti yang ditetapkan dalam fasal 2 perlembagaan ini.
 
3.6 AHLI KELAB bermakna ahli yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini.
 
3.7 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.
 
 
FASAL 4.​OBJEKTIF DAN MATLAMAT
 
4.1 Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan PERMOTORAN LASAK PACUAN EMPAT (4) RODA di peringkat kelab.
 
4.2 Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan daerah , negeri dan kebangsaan.
 
4.3 Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedaH Kelab dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.
 
4.4 Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.
 
4.5 Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Kelab yang sebelumnya, dikemukan kepada Pesuruhjaya Sukan berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.
 
4.6 Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Kelab dalam sukan PERMOTORAN LASAK 4X4 adalah terbuka dan adil.
 
4.7 Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan PERMOTORAN LASAK 4X4.
 
4.8 Menjalankan sebarang kegiatan amal mana-mana atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
 
4.9 Semua wang keuntungan yang didapati oleh Kelab daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sunggupun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabungb Kewangan Kelab.
 
 
FASAL 5.​LOGO/LAMBANG
 

Logo/lambang Kelab ini adalah:-
 
5.1 Bentuk Logo melambangkan semangat kekitaan antara ahli Kelab.
 
5.2 Warna hitam, kuning dan putih melambangkan kelab ini bernaung di bawah negeri Perak Darul Ridzuan.
 
5.3 Tulisan RUGG3D itu bermaksud Kelab ini menjuruskan kepada aktiviti lasak yang melibatkan segenap peringkat umur dan jantina.
 
5.4 Tulisan 4x4 bermaksud sukan PERMOTORAN LASAK PACUAN EMPAT (4) RODA.
 
5.5 Tulisan MANJUNG pula bermaksud Kelab ini ditubuhkan di Manjung, Perak Darul Ridzuan.
 
5.6 Moto Kelab “Offroad, Solat, Eat & Sleep” bermaksud disebalik aktiviti lasak yang diceburi Kelab ini juga menitikberatkan soal-soal kerohanian dan ibadat.
 
 
 
FASAL 6.​KEAHLIAN
 
Keahlian Kelab ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
 
6.1 Ahli Biasa (Pemilik)
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi.
 
6.2 Ahli Kehormat
Individu-individu yang pernah berjasa kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada kelab yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk kelab.
 
6.3 Ahli Biasa (Penumpang)
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik kenderaan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk.
 
FASAL 7.​YURAN KEAHLIAN
 
7.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Kelab seperti berikut:
 
BIL.
JENIS AHLI
YURAN PENDAFTARAN
YURAN TAHUNAN
1.
Ahli Biasa (Pemilik)
RM 150.00
RM 120.00
2.
Ahli Kehormat
PERCUMA
3.
Ahli Biasa (Penumpang)
RM 90.00
RM 120.00
 
7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Febuari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.
 
7.3 Yuran tahunan untuk ahli biasa (pemilik) dan kehormat dan biasa (penumpang) yang tidak memiliki kenderaan pacuan 4 roda perlu membayar yuran yahunan sahaja.
 
7.4 Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.
 
7.5 Sekiranya ahli telah dibatalkan keahliannya, ahli ingin menjadi semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM 250.00. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.
 
FASAL 8.​PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI
 
Semua permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan.
 
FASAL 9.​KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
 
9.1 Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini.
 
9.2 Setiap ahli Kelab berhak menerima dengan percuma satu salinan Perlembagaan Kelab sekali sahaja semasa pendaftaran.
 
FASAL 10.​HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
 
10.1 Ahli Biasa (Pemilik)
Semua Ahli Biasa (Pemilik) yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Febuari tahun tersebut adalah berhak untuik menghadiri mesyuarat agong tahunan dan boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.
 
10.2 Ahli Kehormat
Semua Ahli Kehormat boleh menghadiri mesyuarat agong tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.
 
10.3 Ahli Biasa (Penumpang)
Semua Ahli Biasa (Penumpang) yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Febuari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri mesyuarat agong tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.
 
FASAL  11.​PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
 
11.1 Mana-mana ahli Kelab yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jwatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Kelab.
 
11.2​Setiap ahli Kelab yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Kelab bolehlah dipecat atau digantung keahlinya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa samada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.
 
11.3​Setiap ahli yang telah di berhentikan dan di pecat dari Kelab di larang menggunakan sebarang logo, lambang serta yang berkaitan dengan kelab. Sekiranya digunakan juga tindakan undang-undang akan digunakan.
 
FASAL 12.​MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
 
12.1​Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi dan menyeluruh bagi Kelab ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.
 
12.2​Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk. Sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis, hendaklah diberikan secara bertulis oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli Kelab. Notis itu hendaklah disertakan dengan semua salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut.
 
12.3​Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh tidak kurang satu pertiga (1/3) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoah tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat seperti yang telah ditetapkan.
 
12.4​Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Pesuruhjaya Sukan salinan penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat itu.
 
 
 
 
FASAL 13.​MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
 
​13.1​AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
 
Mesyuarat Agung Tahunan mestilah mengandungi antara lain agenda-agenda berikut:
 
13.1.1​Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
 
13.1.2​Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Kelab dalam sepanjang tahun yang lalu.
 
13.1.3​Menerima dan meluluskan Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu.
 
13.1.4​Menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan;
 
13.1.5​memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut Fasal 15.1 perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 21.1 perlembagaan ini setiap dua (2) tahun sekali.
 
FASAL 14.​MESYUARAT AGUNG KHAS
 
​14.1​Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan:
 
14.1.1​Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk atau dengan kehendak Pengerusi; atau
 
14.1.2​atas permintaan secara bertulis oleh ahli-ahli  tidak kurang daripada separuh (1/2) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.
 
14.2​Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.
 
14.3​Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.
 
14.4​Korum mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setangah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu, maka meayuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
 
14.5​Tidak boleh diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Khas.
 
FASAL 15.​JAWATANKUASA INDUK
 
​15.1​Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada:
 
​15.1.1​seorang (1) Pengerusi
 
​15.1.2​seorang (1) Timbalan Pengerusi
 
​15.1.3​dua (2) orang Naib Pengerusi
 
​15.1.4​lima (5) orang Ahli Jawatankuasa
 
15.2​Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Induk dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk selepas Mesyuarat Agung Tahunan tetapi ketiga-tiga (3) mereka tidak mempunyai hak mengundi dan diundi.
 
15.3​Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatnkuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:-
 
​15.3.1​berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
 
​15.3.2​bukan seorang yang muflis;
 
15.3.3​tidak pernah dikenakan tindakan displin oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
 
15.3.4​tidak disabitkan kesalahan jenayah dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu, dan;
 
​15.3.5​Sempurna akal.
 
15.4​Mana-mana pemegang jawatan yang didakwa di mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.
 
15.5​Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan penjawat jawatan telah melepaskan jawatan atau meninggal dunia, maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak di dalam Mesyuarat Pemilihan yang lepas adalah dengan tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut serta dipersetujui oleh persatuan. Jika calon yang demikian tidak ada atau menolak tawaran jawatan itu, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung yang akan datang.
 
FASAL 16.​TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
 
​16.1​Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa.
 
16.2​Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atay khas.
 
16.3​Mengurus dan mentadbir Kelab dan menjalankan program-program Kelab.
 
16.4​Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.
 
16.5​Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.
 
16.6​Menimbang rayuan keputusan jawatankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Kelab.
 
16.7​Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji.
 
​16.8​Menimbang permohonan menjadi ahli Kelab.
 
FASAL 17.​JAWATNKUASA-JAWATANKUASA
 
​17.1​Jawatankuasa Kewangan;
 
​17.2​Jawatankuasa Pembangunan;
 
​17.3​Jawatankuasa Teknikal;
 
​17.4​Jawatankuasa Pemilihan;
 
​17.5​Jawatankuasa Pertandingan; dan
 
​17.6​Jawatankuasa Tatatertib.
 
 
 
 
 
FASAL 18.​TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK
 
​18.1​Pengerusi
 
Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta displin ahli-ahlinya.
 
​18.2​Timbalan Pengerusi
 
Timbalan Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi mel;aksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
 
​18.3​Naib Pengerusi
 
Naib Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam menguruskan pentadbiran Kelab. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi kanan hendaklah memangku jawatan tersebut.
 
​18.4​Setuausaha
 
Setiausaha bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran Kelab mengikut perlembagaan dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga bertanggungjawab mengenai urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang sah. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
 
​18.5​Bendahari
 
Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran pendaftaran dan keahlian, menyimpan semua rekod dan buku kira-kira. Beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan butiran di dalam semua rekod dan buku kira-kira.
 
​18.6​Ahli Jawatankuasa
 
Ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengerusi.
 
​18.6.1​Tugas Pengerusi jawatankuasa-Jawatankuasa
 
​18.6.1.1​Jawatankuasa Kewangan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk mencari sumber pendapatan Kelab seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma dan cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Kelab dan undang-undang negara.
 
​18.6.1.2​Jawatankuasa Pembangunan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa Pembangunan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih.
 
​18.6.1.3​Jawatankuasa Teknikal
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menyemak, menyelaras dan menguatkuasakan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan sukan.
 
​18.6.1.4​Jawatankuasa Pemilihan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengenalpasti pemain-pemain untuk diperakukan kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili Kelab untuk sukan Pemotoran Lasak Pacuan Empat (4) Roda dalam mana-mana pertandingan.
 
​18.6.1.5​Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan-pertandingan di peringkat Kelab.
 
​18.6.1.6​Jawatankuasa Tatatertib
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan.
 
FASAL 19.​MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
 
19.2​Sekurang-kurangnya lima (5) orang daripada Ahli Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
 
FASAL 20.​KEWANGAN
 
​20.1​Sumber kewangan Kelab boleh diperolehi melalui:-
 
​20.1.1​yuran pendaftaran dan yuran tahunan ahli-ahli;
 
​20.1.2​derma dan tajaan;
 
​20.1.3​bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun;
 
​20.1.4​hasil-hasil perniagaan Kelab, dan;
 
​20.1.5​sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang negara.
 
20.2​Pendapatan Kelab yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Kelab dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini.
 
20.3​Semua cek Kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha.
 
20.4​Perbelanjaan yang kuran daripada RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS (RM500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha.
 
20.5​Perbelanjaan yang lebih daripada RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS (RM500.00) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk.
 
20.6​Bendahari boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS (RM100.00) dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun Kelab.
 
20.7​Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan beserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Kelab.
 
20.8​Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.
 
FASAL 21.​JURUAUDIT
 
21.1​Dua (2) ORANG YANG BUKAN MENJADI Ahli Jawatankuasa Induk boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan Kelab dan membuat laporan dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan.
 
21.2​Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Kelab sekiranya perlu.
 
FASAL 22.​TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
 
Jawatankluasa Induk boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini. Jawatankuasa Induk boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini sekiranya mustahak.
 
FASAL 23.​PERTIKAIAN DALAMAN
 
Adalah menjadi tugas jawatankuasa Induk Kelab untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli Kelab mengikut prosedur, peraturan atau kaedah dalaman Kelab.
 
 
FASAL 24.​PENAUNG/PENASIHAT
 
24.1​Jawatankuasa Induk Kelab boleh juga melantik orang-orang yang layak menjadi Penaung atau Penasihat bagi Kelab ini, sekiranya perlu.
 
24.2​Penaung atau Penasihat tidaki mempunyai kuasa untuk mengundi dan membuat keputusan bagi pihak Kelab.
 
FASAL 25.​PINDAAN PERLEMBAGAAN
 
25.1​Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.
 
25.2​Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan tau pindaan   tersebut. Perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
 
FASAL 26.​LARANGAN
 
26.1​Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia adalah dilarang dilakukan dalam mana-mana premis Kelab.
 
26.2​Kelab tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan ke dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.
 
26.3​Kelab ini tidak boleh menjalankan aktiviti loteri samaada dikhaskan kepada ahli-ahli Kelab atau tidak, atas nama Kelab atau pemegang-pemegang jawatan tanpa kelulusan daripada Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.
 
26.4​Kelab tidak boleh terlibat dalam mana-mana kegiatan politik atau parti politik, atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua parti politik dan menggunakan nama Kelab dalam apa jua isu-isu politik.
 
FASAL 27.​KOMUNIKASI
 
27.1​Kelab ini mempunyai beberapa kemudahan untuk berhubung dan ianya dikawal oleh Jawatankuasa Induk.
 
27.2​Antara perhubungan yang digunakan ialah peralatan komunikasi seperti walkie talkie, radio dan internet.
 
27.3​Ahli-ahli yang ingin menggunakan peralatan ini mestilah mempunyai lesen komunikasi dan berdaftar.
 
27.4​Perhubungan internet yang digunakan untuk memudahkan berhubung ialah seperti:
 
​2.7.4.1​Whatsapp
 
​2.7.4.2​Weechat
 
2.7.4.3​Facebook (zamritldm169@yahoo.com) pula mempunyai tiga (3) akaun iaitu:
 
​2.7.4.3.1​RUGG3D 4X4 MANJUNG (Terbuka)
 
​2.7.4.3.2​RUGG3D 4X4 MANJUNG (Ahli)
 
​2.7.4.3.3​RUGG3D 4X4 MANJUNG (AJK)
 
​2.7.4.4​email (zamriahmad3@gmail.com)
 
FASAL 28.​PEMBUBARAN
 
28.1​Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Khas dengan keputusan majoriti oleh dua pertiga (2/3) DARIPADA AHLI Kelab.
 
28.2​Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah disertakan kepada Pemegang Amanah Raya Malaysia.
 
28.3​Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Suakan Malaysia di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Diakui dan disahkan benar:
 
 
 
 
 
 
 
PENGERUSI​        SETIAUSAHA
Kelab RUGG3D 4X4 MANJUNG​        Kelab RUGG3D 4X4 MANJUNG
 
 
 
 
 
Tarikh:​        
 
 
 
 
 
 
 
 
PESURUHJAYA SUMPAH
2
 
TERHAD

1 comment: